1.
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti-aktiviti yang boleh meransang kedua-dua belah otak tersebut.
2.
Meransang kesemua deria dalam pembelajaran.Kajian menunjukkan bahawa :
- Kita ingat
10% apa yang
dibaca.
- Kita ingat
20% apa yang
didengar.
- Kita ingat
50% apa yang
didengar dan dilihat.
- Kita ingat
70% apa yang
dicakapkan.
- Kita ingat
90% apa yang
dipraktikkan.
3. Belajar secara
aktif dengan pen atau pensil ditangan.
4. Belajar
3jam sehari atau 20jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5.
Belajar dalam suasan kondusif.
- Pastikan cahaya adalah terang.
- Kurangkan gangguan bunyi.
- Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.
6.
Tidak ponteng kelas.
Kalau tertinggal kelas, salin nota daripada rakan. Mengulangkaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan-soalan.
7.
Tahu teknik meransang memori.
- Memasukkan maklumat dalam memori.
- Menyimpan maklumat dalam sel memori.
- Mengingat kembali.
8.
Sentiasa awal dan mendahului.
- Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif kepada guru.
-Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau dua kali sebelum guru mengajar.
9.
Sentiasa hormat dan sayangi guru.
10.
Mempunyai teknik membaca yang betul.
- Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul.
- Memberi tumpuan sepenuhnya.
- Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
- Membantu rakan yang memerlukan.
"Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah perjalanan, semakain jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada penghujung."11. Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
12.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.
13.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
14. Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji untuk merehatkan fikiran.
15.
Belajar mengikut waktu yang sesuai untuk diri.
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas mandi air panas, selepas membaca Al-quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.
16.
Mengulangkaji secepat mungkin.
Ulangkaji ringkas selepas belajar kerana kita akan lupa 80% daripada apa yang telah kita pelajari.
17.
Mengulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan.
18. Sematkan dalam diri bahawa
mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum menjelang peperiksaan.
19.
Mengulangkaji pelajaran berulang-ulang kali.
20.
Mengulangkaji apabila mulai lupa.
21.
Tahu petua mengulangkaji :
- Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa.
- Siapkan semua bekalan dengan sempurna.
- Duduk tegak di kerusi dengan selesa.
- Baca doa penerang hati.
- Baca buku atau nota mengikut teknik yang betul.
- Fikir dan ingat semula isi utama.
- Catat atau lakar.
- Semak semula ketetapan makluamat.
- Ulang sebut atau ceritakan kepada orang lain.
- Buat rumusan.
- Jawab soalan.
- Tampal maklumat yang penting di dinding.
- Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.
22. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
23. Tahu
petua-petua agar tidak lupa :
- Jangan makan kepala ikan.
- Jangan makan organ dalaman.
- Jangan minum semasa makan.
- Jangan minum atau makan makanan yang telah dicemari oleh semut.
- Jangan melihat buih.
- Jangan melihat kemaluan.
- Jangan membaca nama yang ada di batu nisan.
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain.
- Banyakkan makan kurma, kismis dan madu.
- Banyakkan makan kekacang.
- Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
- Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
- Jangan kencing berdiri.
24. Mengetahui
kemahiran mengingat :
- Tampal nota-nota yang penting di dinding.
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.
- Pecahkan maklumat kepada kumpulan yang kecil.
25. Cekap
mengatur jadual belajar :
- Mempunyai jadual belajar.
- Patuh kepada jadual.
-Buat jadual yang boleh diikuti.
26.
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan
tidak menumpukan peperiksaan sebagai pendorong untuk belajar.
27.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian daripada orang yang lebih arif.
28.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari pelbagaikan topik dan cara untuk belajar.
29.
Menggunakan masa terluang untuk belajar dan mencuri masa.
30.
Membawa nota kemana-mana sahaja kecuali dalam tandas.
31.
Pelbagaikan tempat belajar.

32. Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
33.
Menjadikan nota yang dibuat lebih menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
34.
Ciri-ciri pelajar cemerlang :
- Taat kepada Allah S.W.T.
- Mendirikan sembahyang.
- Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
- Hormati dan sayangi guru.
- Bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai kejayaan.
Disediakan oleh : Nor Raihan Omar 207290