Rabu, 11 Ogos 2010

BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI


Untuk cemerlang, kita memerlukan motivasi. Orang yang bermotivasi tinggi sering memiliki kecekalan dan pengorbanan yang tinggi. Bagaimanakah anda memotivasikan diri?

Sebahagian daripada kita bermotivasi tinggi hanya apabila mereka dijanjikan dengan imbuhan, bonus, dan pulangan yang lumayan. Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'lobak merah' kerana kumpulan ini akan bekerja keras hanya apabila usaha mereka mendatangkan pulangan yang memuaskan. Tanpa 'lobak merah' atau keuntungan, mereka menjadi malas dan tidak bermaya.

Sebahagian yang lain bermotivasi tinggi hanya selepas diugut, diancam, dan dimarahi. Mereka daripada kumpulan ini bekerja keras hanya selepas mereka dikejutkan dengan hukuman dan tindakan disiplin. Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'kayu rotan' kerana tanpa rotan mereka tidak akan bergerak.

Golongan yang ketiga adalah mereka yang bekerja dan beramal bagi memperoleh kepuasan dalaman. Mereka akan berasa gembira apabila dapat membantu orang lain dan dapat menaikkan nama baik sesuatu organisasi melalui prestasi dan kualiti kerja mereka. Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'spiritual'. Perlu diingatkan, golongan ini bukanlah golongan yang menolak keuntungan serta tidak mahu menerima gaji ataupun bonus. Sebaliknya mereka menerima semua itu tetapi mereka tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara tersebut.













Disediakan oleh : Sham Jia Lerk 204719


2 ulasan:

  1. 3 kumpulan berbeza kerana mempunyai keperluan yang berbeza maka tahap motivasi juga berbeza

    BalasPadam
  2. Ketiga-tiga jenis ini memerlukan intensiti diri yang kuat barulah tidak mudah untuk menyerah sekiranya menemui kesusahan.

    Ng Shing Hong
    204895

    BalasPadam