Terdapat lima kuasa hidup :
1. Dalam situasi pembelajaran, kita selalunya menghadapi pelbagai jangkaan negatif seperti jangkaan keputusan yang teruk dan pelbagai lagi tekanan lain. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mempunyai jangkaan yang positif terhadap masalah-masalah yang dihadapi. Seterusnya, apa-apa yang terbaik juga akan datang kepada kita.
2. Selain itu, fikiran yang positif dan anggapan yang positif juga penting. Kita perlulah sentiasa beranggapan bahawa setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian supaya kita dapat mengelakkan diri daripada fikiran yang negatif. Mereka yang beranggapan positif dapat mendatangkan kebaikan kepada diri mereka sendiri.
3. Kita juga perlulah sentiasa mengawal kemarahan. Cuba kita sentiasa memaafkan orang lain dan ini akan dapat merapatkan hubungan kita dengan orang lain. Kita juga dapat bergaul mesra dengan orang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan sebagainya. Jadi, sentiasalah berlatih 'saya maafkan anda' dalam percakapan harian hidupmu.
4. Sementara itu, kita perlu menjauhi diri daripada terus teraniaya. Kita perlulah membebaskan diri daripada sebarang bencana atau khabar angin supaya kita tidak terlibat dalam apa-apa permasalahan.
5. Kita yang bijaksana perlulah membuat pilihan yang terbaik terhadap pilihan-pilihan yang tertentu. Pilihlah pilihan yang berfaedah kepada diri sendiri dan lepaskan pilihan yang sebaliknya.

Disediakan oleh : Lee Sia Wei 204813
kuasa hidup ini nampaknya amat penting untuk menjauhkan diri kita daripada masalah dan menentukan arah kejayaan kita
BalasPadamfikiran yang baik membawa kepada tingkah laku yang baik dan hidup yang bahagia =)
BalasPadamsila layari blog kita cintanegarabangsa.blogspot.com
terima kasih.
kita mestilah yakin dengan diri kita sendiri !!
BalasPadam