Rabu, 11 Ogos 2010

SUMBER MOTIVASI

Sumber motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran.

Sumber Dalaman :
  • Motivasi yang datangnya dari dalam diri kita sendiri atas kesedaran keinsafan, dan keinginan untuk menjadi orang yang berjaya atau cemerlang dalam pelajaran, kerjaya, dan kehidupan.
  • Kita tidak lagi sanggup melihat diri dan keluarga kita hidup dalam kesusahan, penderitaan, dan kemiskinan. Kita mahu keluar dari belenggu 'kemunduran' ini.
  • Contoh bentuk motivasi dalaman ialah minat, kepuasan, keperluan, kegemaran, keinginan, keseronokan, dan pencapaian diri.
Sumber Luaran :
  • Adakalanya faktor-faktor luaran atau persekitaran menjadi sumber motivasi diri kita.
  • Ia menjadi sumber kekuatan yang mempengaruhi tindakan-tindakan kita.
  • Bentuk motivasi luaran termasuk pujian, pengiktirafan, hadiah, sijil, ganjaran, hukuman atau penerimaan yang kita perolehi dari orang lain atau persekitaran.

Kedua-dua jenis motivasi ini penting dalam kehidupan kita memandangkan kita tidak boleh hidup seorang diri, mahu tidak mahu ahli keluarga, rakan, saudara mara, para pendidik atau sesiapa sahaja menjadi penting dalam hidup kita. Itu sebabnya kita kadangkala menjadikan seseorang itu sebagai idola dalam perkara tertentu.










Disediakan oleh : Leong Weng Yip 204767


2 ulasan:

  1. motivasi kebiasaanya datang dari pengaruh rakan.oleh itu pemilihan rakan adalah penting

    BalasPadam
  2. Motivasi yang dapat dari bacaan termasuk dalam kumpulan dalam atau luaran?Kebanyakan orang mendapat motivasi dari bahan bacaan atau media juga pada masa kini.

    Ng Shing Hong
    204895

    BalasPadam