Sabtu, 21 Ogos 2010

RAHSIA OLAHAN SIKAP





Terdapat lima rahsia olahan sikap :

1. Kita haruslah bertanya kepada diri sendiri dengan perkataan 'Mengapa?'. Misalnya, kita perlulah sentiasa bertanya kepada diri sendiri 'Mengapa aku melakukan, menyatakan sedemikian?'. Remaja-remaja, marilah kita melihat secara positif dan juga bertindak secara positif untuk mengelakkan diri menuju ke arah lembah kehinaan. Ia adalah bermula dari langkah-langkah anda melihat dunia dan persekitaran kita.

2. Di samping itu, kita juga perlulah fikirkan 'Mengapa orang lain memberi reaksi sedemikian?'. Ini bermula daripada percakapan dan perbuatan kita dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, kita haruslah bertutur dengan baik dan bersopan santun dalam perbuatan supaya nama diri dan keluarga tidak dicemari. Kita mestilah boleh melakukan apa-apa yang kita hendak orang lain lakukannnya terhadap kita.

3. Sehubungan itu, kita juga perlulah mengatur sesuatu yang kita gagal lakukan sebelum ini. Sesuatu yang kita gagal laksanakan akan menyebabkan kita sentiasa bertanya-tanya kepada diri sendiri tentang, 'Mengapakah saya gagal mendapat?'. Ini akan menyebabkan seseorang mudah hilang keyakinan dirinya sendiri.

4. Tambahan pula, terdapat segelintir remaja yang sentiasa berfikir tentang masalah yang mereka hadapi menyebabkna mereka berasa tidak gembira. Ekoran itu, terdapat racun dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, bersihkanlah jiwa dan hati kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan tenang. Ingatlah, orang yang tenang dan gembira mempunyai wajah yang berseri.

5. Akhirnya sekali, jangan lupa sentiasa bertanya kepada diri, 'Mengapa saya takut hendak bertindak mengubah hidup?'. Sebenarnya, kita masih mempunyai pilihan yang terbaik. Dengan itu, kita perlulah melepaskannya dan memilih pilihan yang lebih baik di masa akan datang.











Disediakan oleh : Teo Cheng Woon 204820


2 ulasan:

  1. rahsia olahan sikap ini akan dapat membantu kita dalam pelbagai perkara sekiranya kita dapat melakukannya

    BalasPadam
  2. Informasi yang cukup baik dan sangat berguna untuk kita semua.

    BalasPadam