Sabtu, 21 Ogos 2010

KESIMPULAN



Kesimpulannya..

KEHIDUPAN akan berubah jika kita mengubah PENCAPAIAN,
pencapaian akan berubah jika kita mengubah TINGKAH LAKU,
tingkah laku akan berubah jika kita mengubah SIKAP,
sikap akan berubah jika kita mengubah JANGKAAN HIDUP,
jangkaan hidup akan berubah jika kita mengubah KEPERCAYAAN,
kepercayaan akan berubah jika kita mengubah PEMIKIRAN,
maka,
UBAHLAH CARA BERFIKIR ANDA NESCAYA ANDA AKAN BERUBAH!


KUASA HIDUP


Terdapat lima kuasa hidup :

1. Dalam situasi pembelajaran, kita selalunya menghadapi pelbagai jangkaan negatif seperti jangkaan keputusan yang teruk dan pelbagai lagi tekanan lain. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mempunyai jangkaan yang positif terhadap masalah-masalah yang dihadapi. Seterusnya, apa-apa yang terbaik juga akan datang kepada kita.

2. Selain itu, fikiran yang positif dan anggapan yang positif juga penting. Kita perlulah sentiasa beranggapan bahawa setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian supaya kita dapat mengelakkan diri daripada fikiran yang negatif. Mereka yang beranggapan positif dapat mendatangkan kebaikan kepada diri mereka sendiri.

3. Kita juga perlulah sentiasa mengawal kemarahan. Cuba kita sentiasa memaafkan orang lain dan ini akan dapat merapatkan hubungan kita dengan orang lain. Kita juga dapat bergaul mesra dengan orang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan sebagainya. Jadi, sentiasalah berlatih 'saya maafkan anda' dalam percakapan harian hidupmu.

4. Sementara itu, kita perlu menjauhi diri daripada terus teraniaya. Kita perlulah membebaskan diri daripada sebarang bencana atau khabar angin supaya kita tidak terlibat dalam apa-apa permasalahan.

5. Kita yang bijaksana perlulah membuat pilihan yang terbaik terhadap pilihan-pilihan yang tertentu. Pilihlah pilihan yang berfaedah kepada diri sendiri dan lepaskan pilihan yang sebaliknya.











Disediakan oleh : Lee Sia Wei 204813


RAHSIA OLAHAN SIKAP





Terdapat lima rahsia olahan sikap :

1. Kita haruslah bertanya kepada diri sendiri dengan perkataan 'Mengapa?'. Misalnya, kita perlulah sentiasa bertanya kepada diri sendiri 'Mengapa aku melakukan, menyatakan sedemikian?'. Remaja-remaja, marilah kita melihat secara positif dan juga bertindak secara positif untuk mengelakkan diri menuju ke arah lembah kehinaan. Ia adalah bermula dari langkah-langkah anda melihat dunia dan persekitaran kita.

2. Di samping itu, kita juga perlulah fikirkan 'Mengapa orang lain memberi reaksi sedemikian?'. Ini bermula daripada percakapan dan perbuatan kita dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, kita haruslah bertutur dengan baik dan bersopan santun dalam perbuatan supaya nama diri dan keluarga tidak dicemari. Kita mestilah boleh melakukan apa-apa yang kita hendak orang lain lakukannnya terhadap kita.

3. Sehubungan itu, kita juga perlulah mengatur sesuatu yang kita gagal lakukan sebelum ini. Sesuatu yang kita gagal laksanakan akan menyebabkan kita sentiasa bertanya-tanya kepada diri sendiri tentang, 'Mengapakah saya gagal mendapat?'. Ini akan menyebabkan seseorang mudah hilang keyakinan dirinya sendiri.

4. Tambahan pula, terdapat segelintir remaja yang sentiasa berfikir tentang masalah yang mereka hadapi menyebabkna mereka berasa tidak gembira. Ekoran itu, terdapat racun dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, bersihkanlah jiwa dan hati kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan tenang. Ingatlah, orang yang tenang dan gembira mempunyai wajah yang berseri.

5. Akhirnya sekali, jangan lupa sentiasa bertanya kepada diri, 'Mengapa saya takut hendak bertindak mengubah hidup?'. Sebenarnya, kita masih mempunyai pilihan yang terbaik. Dengan itu, kita perlulah melepaskannya dan memilih pilihan yang lebih baik di masa akan datang.











Disediakan oleh : Teo Cheng Woon 204820


SIKAP PELAJAR CEMERLANG




1. Ketahanan diri
- Kita haruslah terus belajar dan tidak berputus asa biarpun hati kita dah mengalah atau penat.

2. Ketenangan jiwa
- Kita hendaklah dapat mengawal dan memaafkan semua perasaan yang menjejaskan perasaan kita supaya dapat menenangkan jiwa.

3. Pembelajaran menyeluruh
- Kita haruslah memberi tumpuan pada semua pelajaran tetapi bukan hanya pada pelajaran yang kita minati sahaja.
- Dengan ini, kita dapat mempelbagaikan ilmu pengatahuan dalam bidang masing-masing.

4. Ulangan bertubi-tubi
- Perlu dalam menjadi aset hidup supaya kita dapat mengingati dan menghafalnya.
- Sekadar memahami adalah tidak mencukupi.

5. Sikap tidak mengalah
- Walaupun kita gagal mendapat prestasi yang baik tetapi kita harus terus belajar supaya tidak melemahkan semangat kita.

6. Mengikut jadual belajar
- Kita hendaklah menjalankan pembelajaran kita mengikut jadual belajar yang dirancang supaya tidak mengganggu jadual ulangkaji kita yang ditetapkan.

7. Jiwa berbakti
- Kita haruslah memupuk semangat belajar demi kejayaan keluarga dan negara.
- Dengan ini, barulah kita dapat berbakti kepada keluarga dan negara dengan hati yang ikhlas.

8. Hutang pembelajaran
- Walaupun kita gagal melengkapkan pembelajaran, janganlah kita berasa bersalah asalkan kita membayar balik hutang secepat mungkin.

9. Menjangkaui batasan
- Kita tidak harus puas hati pada ilmu yang kita ada tetapi belajar lebih daripada apa yang orang lain mampu lakuakan serta mempertingkatkannya lagi.

10. Mencabar diri sendiri
- Melalui cabaran, kita dapat menguji kebolehan dan keupayaan kita.
- Dengan ini. kita dapat menilai diri sendiri atas prestasi kita.
- Sebagai tanda kejayaan, berilah hadiah kepada diri sendiri.

11. Kasih sayang
- Sikap sayang pada diri sendiri dapat meningkatkan keyakinan kita dan tidak mengizinkan diri kalah dalam hidup.
- Dengan ini, kita akan lebih berusaha dalam melakukan sesuatu perkara.

12. Motivasi diri
- Merupakan satu langkah dalam memberi galakan kepada kita supaya dapat memupuk sikap, pemikiran, dan pertuturan yang positif.

13. Cekal berjuang
- Kata pepatah 'bersusah dahulu, bersenang kemudian'. Demi kehidupan dan masa depan yang cerah, tidak boleh terpedaya dengan hiburan tetapi sanggup mengenepikannya.

14. Menjaga hidup
- Kita hendaklah menjaga hidup dan sentiasa mengingati diri supaya tidak lupa pada keseimbangan hidup.

15. Menjadi model
- Sentiasa menunjukkan sikap dan kelakuan yang baik supaya menjadi teladan yang baik kepada adik-beradik.

16. Elak kesempurnaan
- Melengkapkan tugasan tidak mungkin mencapai kesempurnaan.

17. Menangani perkara luar jangkaan
- Sebagai seorang manusia yang optimistik, kita haruslah menangani setiap perkara yang berlaku dengan sabar.

18. Menghargai tekanan
- Kita boleh memberi tekanan yang sesuai pada diri kita.
- Ini adalah kerana tekanan yang sesuai dapat mendorong dan memberi kekuatan kepada kita dalam melakukan sesuatu dengan lebih baik dan tersusun.

19. Suka berkongsi
- Sejak kecil lagi kita diajar supaya tolong-menolong antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri.
- Ini kerana pada masa kita membantu orang lain, ia juga dapat membantu diri kita.

20. Cekal mencari jawapan
- Setiap buku mencatat ilmu pengetahuan yang berbeza-beza.
-Oleh sebab itu kita haruslah membiasakan diri membuat rujukan pada buku yang berbeza-beza supaya dapat menambah ilmu pengetahuan kita.

21. Suka bertanya
- Untuk mendapat jawapan yang nyata dan mendalam, kita bolehlah bertanya kepada orang lain supaya masalah kita dapat diselesaikan dengan mudah dan sistematik.

22. Suka bersendirian
- Menjaga diri lebih penting daripada melayan kawan.

23. Menahan penat
- Kita janganlah mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.
- Kita mestilah menahan penat dan terus berjuang dan berusaha untuk menyempurnakan perkara yang kita hendak capai.

24. Inisiatif
- Kita haruslah melahirkan sikap inisiatif kepada diri kita.
- Kita hendaklah bertindak terlebih dahulu biarpun kita tidak disuruh untuk melaksanakan kerja itu.

25. Disiplin diri
- Melayan pembelajaran sebagai tanggungjawab dan bukan sebagai suatu hobi.

26. Minat terhadap pembelajaran
- Belajar dengan perasaan positif dan gembra.

27. Jangkaan positif
- Sentiasa fikirkan kejayaan yang bakal datang.

28. Jaga diri sendiri
- Tidak membandingkan kejayaan orang lain dengan prestasi diri kita.

29. Nilai kerohanian
- Jadikan pembelajaran salah satu dari ibadat hidup. Berdoa selalu.

30. Kemahuan yang berkobar-kobar
-Menjadikan harapan suatu kewajipan dalam hidup.






Disediakan oleh : Loi Xiu Juan 204862


Khamis, 19 Ogos 2010

PETUA-PETUA PELAJAR CEMERLANG



Pelajar cemerlang akan :

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.
Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti-aktiviti yang boleh meransang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Meransang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa :
- Kita ingat 10% apa yang dibaca.
- Kita ingat 20% apa yang didengar.
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat.
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
- Kita ingat 90% apa yang dipraktikkan.

3. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan.

4. Belajar 3jam sehari atau 20jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam suasan kondusif.
- Pastikan cahaya adalah terang.
- Kurangkan gangguan bunyi.
- Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.

6. Tidak ponteng kelas.
Kalau tertinggal kelas, salin nota daripada rakan. Mengulangkaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan-soalan.

7. Tahu teknik meransang memori.
- Memasukkan maklumat dalam memori.
- Menyimpan maklumat dalam sel memori.
- Mengingat kembali.

8. Sentiasa awal dan mendahului.
- Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif kepada guru.
-Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau dua kali sebelum guru mengajar.

9. Sentiasa hormat dan sayangi guru.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul.
- Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul.
- Memberi tumpuan sepenuhnya.
- Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
- Membantu rakan yang memerlukan.


"Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah perjalanan, semakain jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada penghujung."


11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

14. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji untuk merehatkan fikiran.

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai untuk diri.
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas mandi air panas, selepas membaca Al-quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.

16. Mengulangkaji secepat mungkin.
Ulangkaji ringkas selepas belajar kerana kita akan lupa 80% daripada apa yang telah kita pelajari.

17. Mengulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan.

18. Sematkan dalam diri bahawa mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum menjelang peperiksaan.

19. Mengulangkaji pelajaran berulang-ulang kali.

20. Mengulangkaji apabila mulai lupa.

21. Tahu petua mengulangkaji :
- Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa.
- Siapkan semua bekalan dengan sempurna.
- Duduk tegak di kerusi dengan selesa.
- Baca doa penerang hati.
- Baca buku atau nota mengikut teknik yang betul.
- Fikir dan ingat semula isi utama.
- Catat atau lakar.
- Semak semula ketetapan makluamat.
- Ulang sebut atau ceritakan kepada orang lain.
- Buat rumusan.
- Jawab soalan.
- Tampal maklumat yang penting di dinding.
- Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

23. Tahu petua-petua agar tidak lupa :
- Jangan makan kepala ikan.
- Jangan makan organ dalaman.
- Jangan minum semasa makan.
- Jangan minum atau makan makanan yang telah dicemari oleh semut.
- Jangan melihat buih.
- Jangan melihat kemaluan.
- Jangan membaca nama yang ada di batu nisan.
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain.
- Banyakkan makan kurma, kismis dan madu.
- Banyakkan makan kekacang.
- Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
- Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
- Jangan kencing berdiri.

24. Mengetahui kemahiran mengingat :
- Tampal nota-nota yang penting di dinding.
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.
- Pecahkan maklumat kepada kumpulan yang kecil.

25. Cekap mengatur jadual belajar :
- Mempunyai jadual belajar.
- Patuh kepada jadual.
-Buat jadual yang boleh diikuti.

26. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai pendorong untuk belajar.

27. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian daripada orang yang lebih arif.

28. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari pelbagaikan topik dan cara untuk belajar.

29. Menggunakan masa terluang untuk belajar dan mencuri masa.

30. Membawa nota kemana-mana sahaja kecuali dalam tandas.

31. Pelbagaikan tempat belajar.

32. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.

33. Menjadikan nota yang dibuat lebih menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

34. Ciri-ciri pelajar cemerlang :
- Taat kepada Allah S.W.T.
- Mendirikan sembahyang.
- Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
- Hormati dan sayangi guru.
- Bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai kejayaan.

Disediakan oleh : Nor Raihan Omar 207290


PUNCA MOTIVASI RENDAH


Antara punca-punca motivasi diri rendah ialah :
  • Kurang keyakinan diri.
  • Berfikiran negatif dan reaktif.
  • Pesimistik / merasa tiada harapan untuk berjaya.
  • Matlamat / wawasan hidup kurang jelas.
  • Rasa rendah diri / imej kendiri negatif.
  • Tidak bersedia menerima perubahan.
  • Medan pengaruh diri kecil.
  • Terlalu bergantung kepada orang lain.
  • Terlalu bimbang / takut gagal.
  • Selesa dengan apa yang ada.
  • Kesedaran diri rendah.

Usaha + Matlamat = Kejayaan

Usaha - Matlamat = Sia-sia

Matlamat - Usaha = Angan-angan


"Semua orang yang paling gagal dalam hidupnya, adalah orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh"
(Lukman Al-Hakim)







Disediakan oleh : Muhammad Taufiq Khairuddin 207288


Sabtu, 14 Ogos 2010

UNSUR MOTIVASI



M - Matlamat besar. Maju kehadapan.

O - Optimis terhadap masa hadapan.

T - Tabah. Tekun. Tertib dalam tindakan.

I - Inisiatif. Inginkan kecemerlangan.

V - Variasikan tindakan atau cara berusaha.

A - Azam yang kuat. Akidah yang betul.

S - Semangat berkobar. Sanggup berkorban.

I - Impian tercapai.

  • Tingkatkan kesedaran dan keyakinan diri.
  • Tetapkan matlamat atau sasaran yang lebih tinggi daripada biasa.
  • Fahami konsep kejayaan dan kecemerlangan.
  • Amalkan pemikiran positif, kreatif, dan proaktif.
  • Ubah keperluan pencapaian / hidup.
  • Kenakan cabaran yang berperingkat pada diri.
  • Beri pengiktirafan yang positif pada diri.
  • Bina imej diri yang positif.
  • Seimbangkan fungsi otak kiri dan kanan.
  • Kenakan tekanan yang optima pada diri.
  • Wujudkan persaingan yang sihat. (win win / menang menang)
  • Amalkan pengukuhan minda yang positif.
  • Berusaha menjadi individu yang berprinsip.
  • Tingkatkan kesediaan menerima perubahan.
  • Gunakan pengaruh kumpulan / pasukan.
  • Berikan harapan pada diri secara berterusan.
  • Tingkatkan rasa tanggungjawab diri.
  • Sentiasa berdamping dengan orang yang bermotivasi tinggi.
  • Ikuti kursus-kursus motivasi dan kecemerlangan diri.


"APABILA ENGKAU TELAH MEMPUNYAI KETETAPAN HATI (AZAM) MAKA BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH S.W.T"
(Al-Imran : 159)







Disediakan oleh : Siti Dewi Abdullah Mansor 206639

Rabu, 11 Ogos 2010

SUMBER MOTIVASI

Sumber motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran.

Sumber Dalaman :
  • Motivasi yang datangnya dari dalam diri kita sendiri atas kesedaran keinsafan, dan keinginan untuk menjadi orang yang berjaya atau cemerlang dalam pelajaran, kerjaya, dan kehidupan.
  • Kita tidak lagi sanggup melihat diri dan keluarga kita hidup dalam kesusahan, penderitaan, dan kemiskinan. Kita mahu keluar dari belenggu 'kemunduran' ini.
  • Contoh bentuk motivasi dalaman ialah minat, kepuasan, keperluan, kegemaran, keinginan, keseronokan, dan pencapaian diri.
Sumber Luaran :
  • Adakalanya faktor-faktor luaran atau persekitaran menjadi sumber motivasi diri kita.
  • Ia menjadi sumber kekuatan yang mempengaruhi tindakan-tindakan kita.
  • Bentuk motivasi luaran termasuk pujian, pengiktirafan, hadiah, sijil, ganjaran, hukuman atau penerimaan yang kita perolehi dari orang lain atau persekitaran.

Kedua-dua jenis motivasi ini penting dalam kehidupan kita memandangkan kita tidak boleh hidup seorang diri, mahu tidak mahu ahli keluarga, rakan, saudara mara, para pendidik atau sesiapa sahaja menjadi penting dalam hidup kita. Itu sebabnya kita kadangkala menjadikan seseorang itu sebagai idola dalam perkara tertentu.










Disediakan oleh : Leong Weng Yip 204767


BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI


Untuk cemerlang, kita memerlukan motivasi. Orang yang bermotivasi tinggi sering memiliki kecekalan dan pengorbanan yang tinggi. Bagaimanakah anda memotivasikan diri?

Sebahagian daripada kita bermotivasi tinggi hanya apabila mereka dijanjikan dengan imbuhan, bonus, dan pulangan yang lumayan. Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'lobak merah' kerana kumpulan ini akan bekerja keras hanya apabila usaha mereka mendatangkan pulangan yang memuaskan. Tanpa 'lobak merah' atau keuntungan, mereka menjadi malas dan tidak bermaya.

Sebahagian yang lain bermotivasi tinggi hanya selepas diugut, diancam, dan dimarahi. Mereka daripada kumpulan ini bekerja keras hanya selepas mereka dikejutkan dengan hukuman dan tindakan disiplin. Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'kayu rotan' kerana tanpa rotan mereka tidak akan bergerak.

Golongan yang ketiga adalah mereka yang bekerja dan beramal bagi memperoleh kepuasan dalaman. Mereka akan berasa gembira apabila dapat membantu orang lain dan dapat menaikkan nama baik sesuatu organisasi melalui prestasi dan kualiti kerja mereka. Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'spiritual'. Perlu diingatkan, golongan ini bukanlah golongan yang menolak keuntungan serta tidak mahu menerima gaji ataupun bonus. Sebaliknya mereka menerima semua itu tetapi mereka tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara tersebut.













Disediakan oleh : Sham Jia Lerk 204719


MENGAPA PERLU MOTIVASI


  • Memulakan sesuatu tindakan.
  • Memenuhi sesuatu matlamat/tujuan.
  • Mengekalkan kecenderungan atau pilihan sesuatu pola tingkah laku.
  • Mengekalkan atau meningkatkan keberkesanan sesuatu bentuk tingkah laku atau tindakan.
Sebagai contoh jika kita mendapat B dalam subjek Matematik dan berhasrat untuk mendapat A dalam peperiksaan akan datang, maka kita perlu meningkatkan aras motivasi diri kita untuk membolehkan kita berusaha, belajar, mengulangkaji, dan membuat latihan tambahan seperti kuatnya orang-orang yang biasa mendapat A belajar.



Disediakan oleh : Teoh Kim Wei 204698





KONSEP MOTIVASI



Faktor penting yang mempengaruhi pencapaian dalam sesuatu bidang ialah MOTIVASI.

Ini kerana jika kita mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang, misalnya kemahiran belajar yang baik tetapi motivasi belajar rendah, maka kemahiran yang kita ada tidak akan digunakan dengan sebaiknya.

Motivasi yang rendah akan menggerakkan tindakan yang lemah. Motivasi yang tinggi akan menggerakkan tindakan yang kuat.

Menurut kamus Dewan, motivasi ialah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.

"Motivasi membawa maksud keinginan, kemahuan, dan desakan dalaman yang terdekat dalam diri seseorang untuk melahirkan perlakuan berfikir, bercakap, dan bertindak." (Davidoff, 1986)

Menurut Dr. Walter Doyle Staples, "Jika anda ingin keputusan yang dicapai oleh orang yang berjaya, anda mestilah terlebih dahulu berfikir sebagaimana orang yang berjaya berfikir."

Kata pujangga, "Kejayaan dicipta oleh kebanyakan orang biasa, kecemerlangan dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa."


"A leader is someone who helps improve the lives of other people or improve the system they live under."
Sam Ervin







Disediakan oleh : Wan Nur Syazwani Wan Razali 195449