Rabu, 11 Ogos 2010

KONSEP MOTIVASI



Faktor penting yang mempengaruhi pencapaian dalam sesuatu bidang ialah MOTIVASI.

Ini kerana jika kita mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang, misalnya kemahiran belajar yang baik tetapi motivasi belajar rendah, maka kemahiran yang kita ada tidak akan digunakan dengan sebaiknya.

Motivasi yang rendah akan menggerakkan tindakan yang lemah. Motivasi yang tinggi akan menggerakkan tindakan yang kuat.

Menurut kamus Dewan, motivasi ialah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.

"Motivasi membawa maksud keinginan, kemahuan, dan desakan dalaman yang terdekat dalam diri seseorang untuk melahirkan perlakuan berfikir, bercakap, dan bertindak." (Davidoff, 1986)

Menurut Dr. Walter Doyle Staples, "Jika anda ingin keputusan yang dicapai oleh orang yang berjaya, anda mestilah terlebih dahulu berfikir sebagaimana orang yang berjaya berfikir."

Kata pujangga, "Kejayaan dicipta oleh kebanyakan orang biasa, kecemerlangan dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa."


"A leader is someone who helps improve the lives of other people or improve the system they live under."
Sam Ervin







Disediakan oleh : Wan Nur Syazwani Wan Razali 195449



3 ulasan:

  1. dalam diri setiap individu mempunyai motivasi dirinya yang tersendiri untuk menentukan arha kehidupannya

    BalasPadam
  2. Motivasi juga boleh dikatakan satu penggerak kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat.

    Ng Shing Hong
    204895

    BalasPadam
  3. motivasi boleh diertikan sebagai pendorong kepada sesuatu..

    BalasPadam